Khamis, 10 Disember 2009

Diabetes Mellitus @ Kencing Manis


Pankreas, adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke pars normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan, paras glukos akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan kencing manis.

Diabetes terbahagi kepada:
  1. Diabetes Mellitus yang bergantung kpd Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  2. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Tanda dan gejala:

  • Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
  1. Kabur penglihatan
  2. penyakit kulit yang berterusan
  3. luka lambat sembuh
  4. jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan
  5. kebas kaki
  • Tanda -tanda lain termasuk
  1. Dahaga
  2. Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
  3. Letih dan lesu
  4. Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik
  5. Kelemahan otot
  6. Kegatalan tanpa ruam

Faktor-faktor risiko Diabetes

  • Berlebihan berat badan/kegemukan
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
  • Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
  • Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga
  • Peningkatan umur
  • Bangsa - Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat Diabetes

Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplokasi diabetes melibatkan bayak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.

Peningkatan paras glukos darah yang berterusan (keadaan kecemasan)

  • keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma)

Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik)

  • Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
  1. mata kabur: penglihtan, katarak, pendarahan dalam mata yg boleh menyebabkan buta
  2. Saraf: kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari
  3. Otak: angin ahmar (strok)
  4. Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
  5. Jantung: serangan jantung
  • Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi di atas

Rawatan

1. Rawatan tanpa ubatan

  • Penjagaan diri umum
  1. mandi setiap hari
  2. keringkan seluruh bahagian tubuh
  3. rawat luka dan calar: jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari
  • Jagaan kaki
  1. cuci kaki anda setiap hari
  2. keringkan kaki anda sepenuhnya terutamanya diantara jari-jari kaki.
  3. periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit mengelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu
  4. potong kuku jari kaki secara lurus melintang
  5. tukar stokin anda setiap hari
  6. jangan berjalan tanpa kasut
  7. selalu pakai kasut lembut dan tidak ketat apabila keluar
  • Penjagaan gigi
  • Pemeriksaan mata secara berkala
  • Elakkan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Mengawal pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Kerap bersenam

2. Rawatan ubatan

  • Ubat mengurangkan paras glukos

  • insulin

3. Pengurusan Pemakanan

  • Objektif pengurusan pemakanan:
  1. untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal
  2. untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
  3. untuk mengelakkan komplikasi diabetes
  • Terdapat 3 kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetes mellitus:

KUMPULAN 1: Makanan yang perlu dielakkan

  • semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
  • Minuman manis: minuman berkarbonat/bergas, kordial, sirap
  • Sapuan: jem, kaya, marmalad (jem limau)
  • Gula-gula, kuih manis, kek, coklat
  • Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis
  • Pencucui mulut: buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli

KUMPULAN 2: Makanan yang diambil mengikut sukatan

1. Bijirin dan hasil bijirin

  • nasi
  • roti/biskut/kuih yang tidak manis
  • pasta/makaroni/spagheti
  • Mee/mee hoon/kue teow/laksa
  • capati/roti canai/tosai
  • ubi kentang/ubi kayu/ubi keladi/keledek

2.Kekacang

  • kacang tanah, kacang hijau, kacang merah, kacang soya, dhal

3.Susu dan hasil susu

  • susu segar
  • susu penuh krim
  • susu rendah lemak
  • susu tanpa lemak
  • susu sejat
  • low fat yogurt
  • keju

4. Buah-buahan

  • Epal/limau/lai/pir
  • Pisang
  • Mangga/belimbing
  • Langsat/longan/anggur
  • Rambutan/laici
  • Betik/nenas/tembikai
  • Nangka/cempedak

KUMPULAN 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas

  • semua jenis sayuran-sayuran: bayam, pasli, kailan, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayura-sayuran berkanji seperti lobak merah, lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
  • semua minuman tanpa gula: teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.
  • rempah-ratus dan herba: serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit.
  • semua daging tanpa lemak: ayam tanpa kulit, tauhu, telur (2-3 biji/minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tapi boleh mempengaruhi paras kolestreol dan tekanan darah sekiranya diambil secara berlebihan.

Panduan Untuk Pesakit Diabetes

  • Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk mendapatkan serat, vitamin dan mineral
  • Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh dan oat
  • jangan mengambil buah semasa perut kosong
  • jus buah tidak mengandungi serat. sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis minuman anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda.
  • Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda
  • Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30 minit selepas suntikan.
  • Snek (minum pagi, minum petang, dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang mengambil suntikan insulin utk mengelakkan hipoglisemia.
  • Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat dari Pegawai Diettetik atau Pakar Pemakanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...