Selasa, 1 Disember 2009

Tahukah anda apa itu Primary Health Care dan apa itu Perubatan Keluarga?


Bulan sudah, seorang doktor kami menyertai satu kursus umum, semasa memperkenalkan diri bahawa beliau adalah seorang doktor dalam persada Primary Health Care di Malaysia, tiba-tiba ada satu soalan mencelah..



"When you say you are a Primary Care Doctor,What is it..What is Primary Care?


Nasib baik soalan ini datang dari peserta negara membangun...


Jawapan beliau...
"Primary Care ialah penjagaan kesihatan dan perubatan seseorang di luar penjagaan di hospital. Ini termasuk rawatan pencegahan, promosi kesihatan, rawatan segala penyakit yang dapat dan perlu dirawat tanpa memasukkan seseorang ke hospital. Ianya meliputi segenap lapisan umur dari dalam rahim hingga ke liang lahad..Cth: Suntikan Immunisasi kanak-kanak adalah sejenis rawatan primary care, pemeriksaan mengandung, rawatan penyakit tidak serius seperti demam selesema."

Kami juga menyedari ramai rakyat Malaysia tidak tahu apa itu Primary Care...Sebenarnya itulah bidang kepakaran kami tapi kami lebih menjerus kepada Primary Care ...melalui Perubatan Keluarga....

Di Malaysia, cara yang mudah untuk memahami , primary care ialah semua penjagaan kesihatan sebelum keperluan dan selepas rawatan di hospital. Selalunya, majoriti rawatan gejala panyakit tidak memerlukan rawatan di hospital.

Contoh:
1) Pak Abu sakit kepala --> sapu minyak cap kapak...dan sakit kepalapun hilang..ini adalah satu contoh rawatan primary care.
2) Pak Abu baru keluar hospital sebab luka dan pengsan terjatuh motorsikal.Pak Abu diarahkan ke klinik luar untuk mencuci luka. -->rawatan mencuci luka di klinik luar itu adalah primary care..."

8 ulasan:

  1. skrg nie saya dah faham Primary Health Care

    tp adakah ianya sama dgn Primary Care Physician

    Doktor tahu?..bole perjelaskan pada saya..sy amat memerlukan maklumat ini...

    BalasPadam
  2. Assalamualikum dan selamat sejahtera.
    Perkhidmatan kesihatan boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: Primary/secondary/ tertiary dlm BHS Malaysia: Primer, Sekunder, Tertiari.
    Primer adalah perhidmatan frontline--contact pertama dgn pesakit, sekunder dan tertiati ialah berpengkalan di hospital/pusat rujukan.
    Jadi, primary care ialah jenis perkhidmatan manakala primary care physician ialah doktor yg memberi perkhidmatan dalam primary care. Istilah Physician bermakna doktor tetapi di kebanyakan negara ia digunakan untuk doktor berijazah kedua seperti Master.

    BalasPadam
  3. salam,

    saya zulkifli,,maklumat yg baik,,

    BalasPadam
  4. salam,

    saya zulkifli,,maklumat yg baik,,

    BalasPadam
  5. Saya merupakan pelajar lepasan spm dan mengambil Mata pelajaran sains tulen. Jadi, saya ingin meneruskan pelajaran bagi bidang sains. Saya tertarik dengan maklumat doktor. Adakah primary care itu sama dengan health care? Boleh doktor jelaskan? Terima masin.

    BalasPadam
  6. Maaf terima kasih. Tadi tu autocorrect maaf ya doktor hihi

    BalasPadam
  7. Maaf terima kasih. Tadi tu autocorrect maaf ya doktor hihi

    BalasPadam
  8. Saya merupakan pelajar lepasan spm dan mengambil Mata pelajaran sains tulen. Jadi, saya ingin meneruskan pelajaran bagi bidang sains. Saya tertarik dengan maklumat doktor. Adakah primary care itu sama dengan health care? Boleh doktor jelaskan? Terima masin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...