Sabtu, 25 Jun 2011

Gout : Sayur Vs Daging

Tahukah anda, kajian menunjukkan sayur-sayuran yang berpurin tinggi jarang menyebabkan penyakit Gout. Sebaliknya, makanan bersumberkan haiwan dan berpurin tinggi sering menyebabkab serangan gout.

Sekiranya anda mengalami serangan bengkak sendi akibat gout melebihi tiga kali setahun, anda patut mengambil ubat pencegahan.
Tahukah anda ubat pencegah itu tidak boleh diambil sebarangan?

Sekiranya anda didapati mempunyai tahap asid  urik(Uric Acid)  yang tinggi di dalam darah. Pastikan anda disaring untuk penyakit-penyakit di bawah:


1) Darah Tinggi
2) Kencing Manis
3) Masalah Lipid
4) Obesiti

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03:92007515 untuk temujanji Klinik Pakar Penyakit Kronik.

Berikut kami kongsikan senarai makanan berpurin tinggi yang pesakit gout patut elakkan.




13 ulasan:

  1. dr apa tanda2 awal penyakit ni? sbb skrg nie saya saering sakit tumit terutama selepas bangun tido dan duduk..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama26 Jun, 2011

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Dear Fadz Lyana,
    Kebiasaanya, radang sendi akibt gout xblaku di kalangan wanita yg masih bhaid, namun ada ketika ianya masih blaku.radang sendi akibat gout terdiri Dari 2 jenis:
    1) sekali-sekala : kebiasaannya satu sendi terlibat
    2)sentiasa Ada: kebiasaannya melibatkn lebih satu sendi


    Radang sendi gout mengakibatkn kesakitan yg teruk di samping bengkak dan merah.


    Selain gout, asid urik yg tinggi juga mengakibtkan penyakit batu karang.

    Masalah Cik Puan, mungkin akibat Plantar Fascitis , radang selaput fascia tapak kaki. Eloklah Cik Puan mengesahknnya dgn berjumpa doktor bertauliah .

    Selamat Berpuasa!

    NAT

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama28 Jun, 2011

    Doktor, apa beza gout dengan arthritis?

    BalasPadam
  7. Salam,
    Arthritis dalam istilah perubtn berasal dari 2 perkataan iaitu 1)" arthro" bermakna" sendi" 2) is bermakna "radang"
    Jadi arthritis bermakna "radang sendi"

    Radang sendi boleh berpunca dari pelbagai sebab seperti jangkitan kuman, antibodi kendiri dan kehadiran bahan kimia di dalam sendi.

    Gout arthritis ialah radang sendi akibat kehadiran bahan urik asid di dalam sendi. Contoh lain arthritis ialah septik arthritis akibat jangkitan dan rheumatoid arthritis akibat kehadiran antibodi kendiri di dalam sendi.

    Allahualam

    NAT

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama17 Jun, 2013

    Apakah ubat-ubatan yang selalu dimakan oleh pesakit gout? Adakah colchicine 0.6gm sesuai dimakan?

    BalasPadam
  9. apakah sayuran dan buah-buah yang boleh dimakan oleh pesakit gout? tolong berikan kerana say baru pertama kali kono gout, tq

    BalasPadam
  10. apakah sayuran dan buah-buah yang boleh dimakan oleh pesakit gout? tolong berikan kerana say baru pertama kali kono gout, tq

    BalasPadam
  11. alammualaikum doktor..ibu saya mempunyai masalah gout,kencing manis dan darah tinggi..baru-baru ini saya membawa ibu saya berjumpa pakar urat saraf dan didapati sebelah tulang kaki ibu saya telah terhakisboleh asid urik..dan buah pinggang ibu saya menghampiri tahap 1..bagaimana cara terbaik untuk saya merawat ibu saya dan adakah minuman barli boleh membantu?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum doktor..doktor tolong senaraikan jenis-jenis sayur,buah-buahan,ikan dan makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum doktor..doktor tolong senaraikan jenis-jenis sayur,buah-buahan,ikan dan makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...