Rabu, 6 Julai 2011

Kehamilan :Sudahkah Anda Bersedia??

Temujanji pertama bersama doktor penting untuk menilai kesihatan dan persediaan anda untuk meneruskan kehamilan anda. Pemeriksaan antenatal sebenarnya boleh dilakukan selepas 12 minggu kehamilan.
Kebiasaannya soalan-soalan berikut akan ditanya oleh doktor yang merawat anda.Jadi pastikan anda sudah bersedia untuk menjawabnya.

BERSIAP SEDIA DENGAN SOALAN-SOALAN BERIKUT:

1.    Tarikh hari pertama kitar haid terakhir. Doktor akanmembantu menentukan tarikh anda dijangkakan bersalin.
2.    Tempoh kitar haid terakhir, jumlah pendarahan, jangkamasa Haid.
3.    Tempoh perkahwinan.
4.    Bilangan kehamilan sehingga kini.
5.    Cara pencegahan kehamilan yang digunakan, jenisnya,masa mula pakai dan masa berhenti.
6.    Sejarah kehamilan yang sebelum ini:
7.    Tarikh kelahiran
8.    Cara kelahiran dan tempat bersalin
9.    Masalah ketika mengandung dan bersalin.
10.Berat dan jantina bayi serta tempoh penyusuan
11.Keguguran
12.Sekiranya pernah menjalani pembedahan atau sedang menjalani apa-apa rawatan.
13.Sejarah kesihatan anda - jika anda mengidap kencingmanis, darah tinggi, lelah, epilepsi atau penyakit jantung.Anda mungkin ditanya sejarah kesihatan ahli keluarga anda.
14.Jika anda atau suami mengalami apa-apa penyakit keturunan.
15.Jika anda terdedah kepada dadah, x-ray atau radiasi

Jika doktor anda tidak bertanya isu-isu yang anda rasa penting
beritahu doktor dan jelaskan keraguan anda


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum doktor,

    saya keguguran (tidak perlu d&c) pada kandungan usia 15minggu pada 3 Mei yang lalu. 2minggu selepas keguguran, doktor sahkan rahim sudah clear.Alhamdulillah darah nifas saya semakin berkurangan tapi masih ada sedikit cecair bercampur darah sehingga 25/5. pada 26/5 ada beberapa ketulan darah telah keluar.saya risau dan agak keliru. adakah itu darah haid atau darah sisa selepas keguguran?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...