Rabu, 31 Mac 2010

DEMAM DENGGI

Dalam perubatan moden, demam denggi merujuk kepada sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh sejenis nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi.

Penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal. Lebih daripada separuh ahli WHO yang merangkumi jumlah seramai 2000 juta orang dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa i) Asymptomatic atau i) Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis demam denggi tertentu.

Jenis-jenis demam denggi

Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah:

* Demam tanpa mengalami sebarang gejala

* Denggi klasik (Classical Dengue fever), pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit

* Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic fever without shock), gejalanya adalah sama dengan denggi klasik tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan dubur, muntah darah dan berak berdarah

* Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi (Dengue Haemorrhagic fever with shock). Pesakit mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan mengantuk.

Penyakit ini sangat berbahaya kerana perubatan moden masih tiada ubat terbaik untuk merawatnya ketika ini,. Jika sakit ini berlanjutan ia boleh membawa maut.

MENCEGAH


Mencegah ialah cara paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini. Hal ini dilakukan dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes. Untuk tujuan itu, kita perlu mengenali nyamuk yang menyebabkan denggi.

Berikut ialah panduan untuk mengenalpasti nyamuk aedes:

· Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.

· Aedes lazimnya menggigit pada awal pagi dan di awal senja.

· Ia membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam ataupun di luar rumah, dan

· Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:

· Dalam kolah bilik mandi.

· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.

· Di dalam tangki septik.

· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.

· Di dalam tayar buruk.

· Tong atau deram berisi air.

· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.

· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.

· Di atas genting rumah.

· Di dalam buluh yang terbelah.

Nyamuk aedes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...