Selasa, 26 Julai 2011

Program MBS Kali ke-2

           Tanggal  29 Jun 2011 sekali lagi Klinik Dr Azizah telah berjaya  mengadakan Program MBS kepada kakitangan KDA. Walaupun hujan lebat pada pagi tersebut,program ini tetap dapat diteruskan.Alhamdulillah.Terdapat tiga slot yang perlu dilakukan oleh para peserta pada hari tersebut.
Aktiviti riadah di Taman Tasik Permaisuri
         Bermula jam 8.00 pagi, semua peserta program berkumpul di Klinik Dr Azizah pada pukul 8.00 pagi. Para peserta kemudian diberi dua teka teki yang merupakan pembayang untuk destinasi yang seterusnya.Setelah meneka jawapan dengan tepat, mereka telah dibawa ke Taman Tasik Permaisuri untuk menjalankan aktiviti riadah pada pagi tersebut.Walaubagaimanapun,hujan yang lebat menyebabkan aktiviti riadah terpaksa ditangguhkan dan  digantikan dengan sesi bertaa'ruf antara satu sama lain.Pada pukul 11.00 pagi,hujan sudah mulai reda dan aktiviti riadah dapat dilakukan seperti biasa.

          Tepat jam 12 tengahari, para peserta dibawa ke Klinik Dr Azizah Pandan Prima untuk menjalani aktiviti seterusnya. Aktiviti kali ini telah menguji minda para peserta untuk menyediakan tujuh soalan soal-selidik berkenaan dengan perkhidmatan di Klinik Dr Azizah.
Para peserta menyiapkan tugasan

          Selepas berehat seketika, aktiviti diteruskan di Klinik Dr Azizah Taman Dagang. Kali ini para peserta diberi cabaran untu melakukan soal-selidik berdasarkan soalan-soalan yang telah dibuat semasa aktiviti sebelumnya.Mereka perlu mencari tiga puluh orang dalam masa satu jam untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Atas usaha dan kerjasama berpasukan,mereka dalam menyelesaikan aktiviti ini dalam masa yang diberikan.
Para peserta menjalankan tugasan soal-selidik
         Sebelum program berakhir pada pukul 4.30 petang, para peserta membuat refleksi berdasarkan program yang dijalankan pada hari tersebut. Banyak pengalaman,cabaran dan ilmu yang ditimba oleh para peserta  daripada aktiviti yang dijalankan.Antaranya, pengalaman berhadapan dengan orang ramai dan bagaimana membina soalan dengan sesuai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...