Isnin, 31 Oktober 2011

Siri Sekiranya Doktor Anda Sibuk: Panduan Kesihatan Keluarga

Petikan Dialog Enam Soalan Puan Noriza dengan Dr Azizah
 ( Petikan dari Siri Sekiranya Doktor Anda Sibuk: Panduan Kesihatan Keluarga)

Soalan 1

Puan Noriza: Doktor, kenapa saya perlu mengambil asid folik semasa mengandung doktor?

Dr Azizah:  Ada dua tujuan kenapa asid folik diambil oleh ibu mengandung iaitu:
1)      Untuk mencegah kecacatan organ  janin
2)      Untuk pembentukan sel-sel darah ibu dan janin

Soalan 2

Puan Noriza: Apakah risiko kecacatan yang dapat  dikurangkan dengan pengambilan asid  folik?
Dr Azizah:  Sekiranya ibu mengandung atau bakal ibu mengandung mengambil asid folik  pada tempoh  yang betul, risiko kecacatan pembentukan  sistem saraf dan lapisan yang menutup sistem saraf dan otak boleh dikurangkan.  Risiko kecacatan seperti  enankefali ( tiada tempurung kepala), spinal bifida dan sumbing bibir  berjaya dikurangkan sekiranya si ibu mengambil asid folik sebelum dua belas minggu usia janin.  Pengambilan asid folik pada trimester pertama juga mengurang risiko  kecacatan-kecacatan lain seperti  kecacatan struktur jantung, kecacatan organ sistem kencing dan struktur kepala seperti hydrokefalus .  

Soalan 3
Puan Noriza:  Bila asid folik  patut diambil untuk tujuan mencegah kecacatan?
Dr Azizah:  Kebanyakan para doktor di Malaysia menasihat ibu mengandung mengambil asid folik tiga bulan sebelum mengandung sehinggalah  janin berusia dua belas minggu.


Soalan 4
Puan Noriza: Maksudnya, ada pendapat lainkah doktor?
Dr Azizah:  Lebih kurang begitu, namun panduannya agak rumit  dan mungkin juga kontroversi. Panduan asas di United Kingdom adalah seperti di atas dan sering menjadi amalan para doktor kita. Di Kanada pula, preskripsi asid folik bergantung kepada status kesihatan dan umur si ibu dan samada pernah berlaku kecacatan pada kandungan sebelumnya.  Golongan si ibu terbahagi kepada tiga macam  dengan tiga pola  nasihat yang berlainan. Puan boleh merujuk  jadual di bawah. Puan juga  boleh memilih untuk mengamalkannya!

KATEGORI
SIFAT
NASIHAT

Pertama
Tanpa sebarang risiko kesihatan
Merancang untuk hamil
Sentiasa mematuhi nasihat perubatan

·         Ambil makanan kaya dengan zat asid folik
·         Multivitamin  berserta asid folik dos rendah ( 0.4-1.0 mg)  selama dua atau tiga bulan sebelum mengandung, sepanjang proses megandung  sehingga selepas bersalin selagi masih menyusu bayi

Kedua
Mempunyai  risiko kesihatan  seperti sawan, kencing manis, obesiti dengan berat badan unggul melebihi  35 kg/m2, mempunyai sejarah keluarga kecacatan anggota semasa lahir
·         Ambil makanan kaya dengan zat asid folik
·         Multivitamin  berserta asid folik dos tinggi ( 5 mg)  selama dua atau tiga bulan  sebelum mengandung sehingga janin berusia duabelas minggu.
·         Kemudian, mengambil multivitamin berserta asid folik dos rendah ( 0.4- 1.0 mg)( sepanjang proses megandung  sehingga selepas bersalin selagi  masih menyusu.

Ketiga
·         Sering tidak mematuhi nasihat perubatan
·         Pola pemakanan yang tidak teratur, tiada amalan perancangan keluarga
·         Pengambilan alkohol atau arak atau dadah
·         Memerlukan kaunseling mengenai keperluan mencegah kecacatan bayi melalui pengambilan asid folik

·         Multivitamin  berserta asid folik dos tinggi ( 5 mg) secara berterusan mungkin perlu. Pemeriksaan aras asid folik dalam darah mungkin perlu dilakukan.

Soalan 5
Puan Noriza:  Apa isu kontroversinya doktor?
Dr  Azizah:  Sesetengah pihak agak perihatin akan masaalah terlebih  dos vitamin A  di dalam pil mutilvitamin  semasa trimester pertama mengandung.   Sekiranya pil tersebut mempunyai had  di bawah 700 microgram  vitamin A maka ianya dikira selamat.

Masalah dos berlebihan akan timbul sekiranya si ibu juga mengambil makanan yang mempunyai  kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati. 10 g hati mempunyai 10 00 microgram vitamin A. Sebab itu kebanyakan doktor di Malaysia tidak menasihati ibu mengandung mengambil multivitamin  pada trimester pertama. Makanan yang bervitamin A yang tinggi juga  harus dielakkan.  Amalan mengambil cuma asid folik pada trimester  pertama adalah satu langkah berhati-hati dan selamat di Malaysia dengan syarat si ibu tidak mengalami masalah dan gejala kekurangan zat makanan.

Soalan 6
Puan Noriza:  Jadi, apa nasihat doktor untuk saya?
Dr Azizah:  Mulakan persiapan sebelum mengandung, ambillah asid folik tiga bulan sebelum mengandung, tambahan pula Cik Puan mempunyai masalah darah tinggi, obesity dan kencing manis. Usia Cik Puan pun hampir mencecah empat puluhan.

Kebanyakan asid folik di Malaysia dijual dengan  dos 5 mg.  Ambillah dos yang tinggi ini. Tambahan pula, setakat ini tiada kesan sampingan akibat dos tersebut. Dos 0.4mg boleh didapati  di sesetengah farmasi dan klinik.

Puan Noriza: Oh begitu…terima kasih doktor.
Dr Azizah: Sama-sama.



*Petikan daripada  buku Sekiranya Doktor Anda Sibuk: Panduan Kesihatan Keluarga karangan Dr Noor Azizah, Prinsipal Klinik Dr Azizah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...