Panduan Pemakanan Sihat
- Amalkan pengambilan pelbagai jenis makanan.
- Kekalkan Berat Badan ideal Dengan mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal.
- Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin, Hasil Bijirin Dan Kekacang.
- Pilih Makanan Rendah Lemak Dan Kolesterol.
- Gunakan Sedikit Garam Dan Pilih Makanan Rendah Garam.
- Minum Banyak Air kosong.
- Menggamalkan Dan Menggalakkan Penyusuan Ibu.
- Makan Pelbagai Jenis Makanan
- Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrient untuk tumbesaran dan pertumbuhan
- Makanan yang mengandungi pelbagai nutrien dan komponen-komponen yang lain adalah diperlukan untuk kesihatan yang baik
- Tidak ada sejenis makanan yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan
- Semua makanan boleh diambil sebagai diet yang sihat bagi memenuhi keperluan nutrien individu
- Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
- Kekalkan Berat Badan Yang unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
- Berlebihan berat badan atau kegemukan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser seperti kanser ginjal, rahim dan payu dara
- Oleh yang demikian adalah penting untuk tidak mempunyai berlebihan berat badan atau gemuk
- Walaubagaimanapun, jika anda mengalami masalah berlebihan berat badan anda perlu cuba untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.
apakah cadangan terbaik dalam penyediaan masakan ikan? jika sya goreng ikan, adakah khasiatnya hilang?
BalasPadamapakah masakan yg sesuai utk ibu mengandung?