Rabu, 14 Mac 2012

Penyusuan Susu Ibu



Para ibu adalah sangat digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Masalah kekangan masa, dan kengganan para ibu melakukan penyusuan bayi akan menyebabkan bukan sahaja masalah tumbesaran dan kesihatan bayi, tetapi juga ia akan menjejaskan hubungan erat seorang ibu kepada anaknya.
KEBAIKKAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

IBU


BAYI

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan







  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain




Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • Rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. Bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • Bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama



Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • Susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • Susu ibu mengandungi cukup air. Tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • Bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • Susuilah bayi anda dengan kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • Makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak (prelacteal) akan menyebabkan masalah yang berikut :

BAYI


IBU

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol



  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu



Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.


Sayangi anak anda, susu ibu pengerat kasih sayang sejati

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama28 Mac, 2012

    Macamana kalau anak kecil ini telah tumbuh gigi, dan mengigit puting ibu ketika brestfeed?

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana bertanya. Terdapat pelbagai cara yang boleh puan lakukan di dalam menyelesaikan masalah gigitan ketika penyusuan.

    Masukkan jari kelingking ibu ke dalam sudut mulut anak di antara gusinya, sehingga anak akan menggigit jari ibu dan bukannya puting ibu. Jangan tarik jari ini ketika dia menggigit, kerana akan mencederakan si ibu. Singkatkan waktu menyusu secara am sehingga anak melewati fasa ini (fasa menggigit biasanya disebabkan oleh gusi yang gatal kerana pertumbuhan gigi)

    Katakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Puan perlu mengaitkan peristiwa 'menggigit' dengan 'kehilangan puting', kebanyakkan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.

    Berikan perhatian sepenuhnya semasa menyusu, juga berikan pelukan, pujian dan ciuman sekiranya ibu merasakan bayi melakukan tindakan menggigit itu semata-mata untuk mendapatkan perhatian ibu.

    Jangan menyusukan kecuali anak betul-betul lapar, cepat hentikan ketika dia hampir selesai dan ketika anak terlelap.

    Selain itu, puan juga boleh memberikan bayi 'gegelang gigit' sebelum atau selepas penyusuan. Pastikan alat berkenaan adalah yang selamat dan diluluskan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19 Jun, 2012

    Salam Doc,
    mcmana kalau kedua2 belah puting susu ibu tu masuk kedalam (inverted nipple)? Ape alternative lain utk si ibu bagi memastikan bayinya untuk mendapatkan susu ibu?

    ~Bakal ibu~

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama18 April, 2013

    Adakah ubat perancang boleh menganggu penghasilan susu ibu?

    BalasPadam
  5. Salam doc. Sy baru kehilangan bayi dlm kandungan. 2 hari selepas melahirkannya, sy mengalami bengkak susu yg menyakitkan.. walaupun sudab di pam keluar, susu masih banyak. Kebetulan sy anak kedua saya yg berumur 3 thn masih masih menyusu sebelum ini walaupun susu xda. Soalan saya, boleh tak sy beri susu dari arwah bayi saya kepada anak sy yg berumur 3thn? Adkah kesan sampingan kepada anak kedua saya ni? Bagaimana dr segi kesihatan, tingkah laku dan pkembangan otaknya? Harap doc blh bantu saya. Tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...