KENAPA FAHAMAN ANDA SALAH????
Salah
faham pertama#
1) Demam adalah sesuatu yang tidak
baik.
Demam
pada hakikatnya adalah bertujuan untuk melindungi badan kita. Ianya berpunca dari
sistem pertahanan dalaman badan. Masih
ingat lagi sistem pertahanan badan yang diceritakan dalam Bab 2?
Secara
ringkasnya, sekiranya kuman masuk melalui hidung, sistem pertahanan pertama
ialah, lapisan bulu hidung, kemudian tindakan bersin mula bersedia untuk
bekerja melindungi anda
Tahukah anda , bersin juga adalah sistem pertahanan yang amat berkesan?
Apabila kuman jahat
masuk menerpa lapisan mukosa, sel-sel deria di hidung terangsang dan menyampai
isyarat kepada otak. Otak akan mengarah sistem otot-otot dada dan muka supaya
bersin untuk menghembus keluar kuman jahat itu dengan kadar pecutan yang amat
cepat . Semasa kita bersin,udara dihembus keluar secara paksa dengan kelajuan
100km per jam . Seperti ditiup angin monsoon yang kencang, kuman –kuman jahat
dipaksa keluar secara mendadak! Nyatalah, bersin itu amat berguna untuk
membuang penyakit dan tidak hairanlah kenapa Allah S.W.T. menyuruh kita
menyatakan kesyukuran selepas bersin!
Walaubagaimanapun, ada juga kuman yang kuat
dan terus melekat di dinding hidung, dan kuman inilah yang mendatangkan
masalah. Badan kita terpaksa terus melawan kuman-kuman ini melalui sistem
pertahanan yang lain seperti lelehan hingus dan tindakbalas bawah lapisan
mukosa dan kulit.
Demam
adalah sebahagian dari sistem pertahanan badan bagi melawan kuman
Ingatkah lagi bagaimana
sel fagosit mengeluar bahan pirogen sebagai isyarat demam yang dihantar ke
otak? Bahan ini memberitahu otak kita
bahawa suhu badan perlu dinaikkan untuk membunuh kuman. Maka termostat
suhu badan dinaikkan, seluruh anggota badan diarahkan bekerja di bawah suhu
badan baru yang lebih tinggi. Bagi yang masih sejuk, mereka diarah untuk menambah
suhu persekitaran. Bagaimanakah ini berlaku?
Pernahkah anda berasa
bahang enjin kereta? Enjin yang sedang berfungsi menghasilkan haba. Atas sebab
itulah otot-otot kita diarah bekerja ketika demam sedang meningkat dengan cara
menggigil untuk menghasilkan haba.
Sebab itulah anak-anak kita menggigil pada
ketika demam sedang meningkat terutamanya semasa minit-minit awal demam dan
selepas tamat tempoh kesan ubat demam. Jelaslah demam pada
asasnya mempunyai tujuan yang baik, Ia menjadi petanda bahawa tubuh badan kita
sedang sakit. Anda perlu lakukan sesuatu tetapi tidak perlu berasa gelisah dan
panik.
Apa
anda patut lakukan apabila anak anda demam?
Tindakan yang paling
munasabah apabila anak anda demam ialah mengambil tindakan-tindakan yang menurunkan
suhu badannya. Tindakan yang bijak ialah seperti yang tertera dalam Panduan Pertama :Apa Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya
Anak Anda Demam.
Panduan Pertama: Apa Yang Anda Patut Lakukan Sekiranya Anak Anda Demam.
1)
Apabila anak anda demam berilah
ubat demam dengan kadar yang segera mengikut sukatan dan tempoh masa yang
dinasihatkan. Ubat ini melawan arahan yang dihantar ke otak oleh sistem
pertahanan badan supaya menaikkan termostat
suhu badan. Termostat kembali ke aras normal. Badan anak kita berpeluh
kerana pengeluwapan peluh mengeluarkan
haba dari badan. Kejadian ini sama dengan pengalaman kita berkelah di
tepi sungai. Kita berasa sejuk semasa
bersantai dengan pakaian basah selepas berendam di dalam sungai. Kulit dan
pakaian kita menjadi semakin kering kerana proses pengewapan air dari kulit
dan pakaian ke udara persekitaran. Proses pengewapan tersebut mengeluarkan
haba dari kulit dan badan kita.Begitu juga proses perpeluhan badan. Tetapi
awas! Peluh yang keluar akan mengurangkan air dalam badan. Sebab itulah,
orang yang demam memerlukan air yang banyak!
|
2)
Berilah anak anda sebanyak air
yang mungkin untuk diminum. Air yang diserap ke badan tidak semestinya telah
diminum dalam bentuk air kosong. Bukalah selera anak anda yang demam dengan
makanan-makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi, berkhasiat lagi
sedap. Contohnya agar-agar buah, bubur nasi, sup, ais krim, buah-buahan dan
jus buah-buahan. Ingat badan memerlukan air yang lebih semasa demam untuk
mengeluarkan haba seperti dijelaskan sebentar tadi.
|
3)
Tanggalkan baju tebal. Baju tebal
adalah penebat haba. Ia menghalang suhu keluar dari badan. Sesetengah kita
menyangka bahawa menggigil pada peringkat awal demam disebabkan badan yang
sejuk. Padahal, ianya disebabkan suhu badan yang sedang meningkat. Jadi,
tindakan memakaikan anak anda dengan pakaian tebal akan menambah lagi suhu
badan dan ini bukanlah satu tindakan yang bijak.
|
Bersambung..
- Akan datang, Episod : Lapan Salah Faham Tentang Demam (Siri 3)
___________________________________________________________________
*Artikel bersiri ini merupakan hasil nukilan Prinsipal Klinik Dr Azizah, Dr Noor Azizah Tahir sendiri. Jika ingin berkongsi artikel ini, mohon jasa baik pembaca meminta izin terlebih dahulu melalui email. Sila emailkan sebarang pendapat ataupun cadangan di klinikdrazizah@gmail.com. Artikel mingguan ini merupakan sumbangan Klinik Dr Azizah kembali kepada masyarakat. Kami mengharapkan semua pembaca mendapat manfaat melalui pembacaan artikel ini.
Informasi yang sangat bagus. Boleh saya mohon share di FB dan blog saya?
BalasPadamTQVM :)
Salam,
PadamTerima kasih atas komen anda..sila kongsi dan sebarkan untuk manfaat semua.
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
BalasPadamŚwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
BalasPadam