Salah
faham kedua#
1) Demam mendadak yang tinggi seperti
40°Celcius adalah satu kecemasan dan anak anda perlu dimasukkan ke hospital
segera.
Sesetengah
kuman akan menghasilkan tindakbalas yang kuat sehingga termostat suhu di otak
diubah kepada suhu yang tinggi melebihi 40◦ Celcius. Virus selesema adalah satu
contoh jenis kuman tersebut. Demam akan naik secara mendadak dan kebiasaannya
dimulakan dengan badan yang bertompok, hujung jemari kebiruan dan badan menggigil. Ini seolah-olah anak kita berada
dalam kesejukan. Tapi, sekarang kita sudah maklum seperti dijelaskan sebelum ini, fenomena seperti senario Puan Azwati dan adik Damia adalah disebabkan
perubahan termostat di otak.
Namun,
kebiasaannya demam itu akan naik mendadak kembali selepas 4 hingga 6 jam diberi. Ini adalah
kerana ubat demam telah tamat tempoh kesannya. Sistem pembersihan darah di hati
dan buah pinggang akan membuang ubat demam itu ke dalam najis dan air kencing. Akibatnya, tahap ubat
dalam badan menurun dan berkurangan untuk terus menurunkan termostat.
Teruslah
memberi ubat demam berulang-ulang
mengikut kadar yang ditentukan.
Awas! Jangan melebihi ketetapan maksima kerana
organ pembersihan teutamanya hati boleh rosak akibat lebihan dos dan ini amat
berbahaya.
Seperti dikongsi sebelum ini, daya tahanan anak kecil masih belum
cukup matang. Tindakbalas sistem
pertahanan bayi adalah lebih lemah berbanding
dengan anak yang lebih berumur dua tahun. Bayi yang berusia tiga bulan
kebiasaannya menghasilkan demam yang agak sederhana. Demam yang tinggi di
kalangan bayi di bawah enam bulan mungkin membawa petanda jangkitan yang
serius.
Di negara
maju, bayi-bayi yang berusia tiga bulan ke bawah wajib dimasukkan ke wad
sekiranya demam mereka melebihi 39 ◦ Celcius. Pengalaman saya berkhidmat di Malaysia
mendapati ini bukanlah sesuatu yang dipraktikkan di sini. Walaubagaimanapun,
sebagai ibu bapa anda dinasihatkan supaya memantau dengan dekat keadaan bayi
anda sekiranya ini berlaku. Panduan lampu isyarat bahaya yang bakal dikongsi
dengan anda dalam Bab
7 mungkin dapat membantu anda .
Bersambung..
- Akan datang, Episod : Lapan Salah Faham Tentang Demam (Siri 4)
___________________________________________________________________
*Artikel bersiri ini merupakan hasil nukilan Prinsipal Klinik Dr Azizah, Dr Noor Azizah Tahir sendiri. Jika ingin berkongsi artikel ini, mohon jasa baik pembaca meminta izin terlebih dahulu melalui email. Sila emailkan sebarang pendapat ataupun cadangan di klinikdrazizah@gmail.com. Artikel mingguan ini merupakan sumbangan Klinik Dr Azizah kembali kepada masyarakat. Kami mengharapkan semua pembaca mendapat manfaat melalui pembacaan artikel ini.
nak baca lagi ttg demam
BalasPadammenarik cara penulisan doktor
nak baca lagi ttg demam
BalasPadammenarik cara penulisan doktor
Assalamualaikum doktor.. Saya lina.. Anak saya memang ada sawan tarik bermula dari umonye 8 bulan.. Hingga sekarang..klu nk di kira sudah 8 kali.. Skrg umonye sdh 3 thn 5 bulan.. Last kene tuhari bulan 3.. Lepas tu dia demam saja dan x kena sawan lagi.. Saya nak tanya tntg bagi ubat.. Saya bagi ubat pcm 4ml setiapn4 jam.. Berat badan dia 16 kg.. Adakah akan merbahayakan.. Sebab suhu anak saya cepat naik selepas 4 jam.. Mohon pencerahan doktor
BalasPadampetua tradisional
BalasPadamubat sakit lutut
sakit kepala
tanda-tanda sakit buah pinggang
slip dics
buah pinggang
BalasPadamtanda-tanda sakit buah pinggang
slip dics