Jumaat, 25 Mac 2011

Sejauh mana Kuman Berbahaya
Apa itu Kuman?
Kuman adalah organisme kecil seperti Virus,Bakteria dan Protozoa yang boleh menyebabkan sesuatu penyakit atau gangguan kesihatan kepada manusia,haiwan dan organisma hidup yang lain.

Apakah Jenis kuman yang biasa ditemui?

Bakteria adalah organisma bersel tunggal yang mendapatkan nutrisi daripada persekitaran mereka.Tidak semua bakteria berbahaya kepada tubuh badan kita. Terdapat beberapa bakteria yang diperlukan oleh tubuh badan  kita untuk membantu menjaga sistem pencernaan dan menjaga bakteria berbahaya daripada memasuki tubuh. Sesetengah bakteria yang lain pula digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan dan vaksin.

Virus pula adalah kuman yang tidak dapat bertahan lama dan hanya boleh hidup dalam waktu yang sangat singkat di luar sel hidup.Ia  bukan sahaja terdapat di permukaan meja,tempat duduk tandas bahkan pada barang-barang kesayangan kita seperti telefon bimbit, wang dan sebagainya.Keistimewaan virus ialah ia mudah tersebar dan boleh membuat kita mendapat penyakit seperti selsema,batuk ataupun penyakit yang lebih serius seperti cacar.

Fungus pula adalah multi-sel, organisma seperti tumbuhan yang biasanya tidak berbahaya kepada orang yang sihat dan hanya menyerang mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.Ia mendapat nutrisi daripada tumbuhan,makanan dan binatang yang hidup di tempat 
yang lembap dan  persekitaran hangat.

Bagaimana untuk mengatasinya?

Kuman biasanya menyerang bahagian tubuh yang lembap,gelap dan hangat seperti mata,hidung,telinga ataupun jika terdapat luka pada kulit.Bagi mengelakkannya, beberapa penjagaan kesihatan yang harus diamalkan terutama dikalangan anak-anak ialah:

Mandi - Didik anak-anak supaya mementingkan kebersihan diri dengan mandi sebersihnya sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan sabun antiseptik yang boleh membunuh kuman. Rambut juga harus dicuci dan pakaian dalam juga harus ditukar selepas mandi.

Menutupi luka - Menutupi luka akan menghentikan kuman memasuki tubuh.Bersihkan luka dengan krim antiseptik dan balut kawasan yang cedera.Anak kecil juga harus dilatih agar tidak membuka atau menggaru luka tersebut.

Memberus Gigi - Masalah kaviti yang menyebabkan gigi berlubang merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak.Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak awal lagi supaya menjaga kebersihan dengan memberus gigi secara betul dua kali sehari.

Bersin-Didik anak kecil anda supaya menutup mulut menggunakan tisu apabila bersin. Kalau tiada tisu, ajar anak supaya menutup mulut dengan menggunakan siku, bukan telapak tangan. Jika tidak, ia akan mencemarkan idividu lain juga.Selain itu, anda juga perlu menundukkan kepala bagi mengurangkan kesan sebaran.

Mencuci tangan-didik anak-anak supaya mencuci tangan menggunakan sabun selepas melakukan aktiviti-aktiviti berikut:
  • Sebelum menyentuh makanan ataupun minuman
  • Selepas bermain di luar rumah
  • Selepas menggunakan tandas/bilik air
  • Selepas batuk / bersin ataupun mengelap hidung mereka
  • Selepas bermain atau menyentuh haiwan peliharaan mereka
  • Sebelum dan selepas mengambil ubat-ubatan
  • Apabila tangan mereka kelihatan kotor

Jika sukar mencuci tangan menggunakan sabun dan air, alternatifnya ialah menggunakan hand sanitizer dan pastikan anda menyimpannya di dalam beg.Pencegahan awal adalah lebih baik daripada merawatinya kemudian hari.Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.


Sumber: iSIHAT Jan2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...