Rabu, 27 April 2011

Ceramah Kesihatan @ Surau Al-Firdaus (Taman Bukit Kinrara)

Pada 23 April 2011 yang lalu, satu program ceramah kesihatan wanita telah diadakan di Surau Al-Firdaus, Taman Bukit Kinrara. Ceramah kesihatan ini merupakan program kerjasama di antara AJK Surau Al-Firdaus dan Klinik Dr Azizah Cawangan Taman Puncak Kinrara. Penceramah untuk program ini ialah Dr Noor Azizah. Ceramah kesihatan ini menyentuh mengenai ancaman-ancaman kesihatan kepada wanita dan cara-cara untuk melakukan saringan fizikal untuk kanser payudara. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program ini. 

Sila hubungi pejabat KDA di 03-9200 7512 (En Shafiq) jika anda berminat untuk melakukan program bertemakan kesihatan di komuniti ataupun di organisasi anda.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...