Selasa, 31 Mei 2011

Program Latihan Kakitangan: Program MBS @ KDA

Pada hari Rabu, 25/5/2011, Klinik Dr Azizah telah mengadakan satu program latihan kepada kakitangan KDA. Program tersebut adalah cetusan idea daripada Dr Noor Azizah sendiri dan diberi nama Program Mind, Body & Soul atau singkatannya, Program MBS.

Kita mempunyai pelbagai tanggugjawab terhadap Pencipta kita, Allah S.W.T, tanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak, majikan dan tanggungjawab di dalam komuniti sekitar. Program MBS ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan KDA dalam mengimbangi kehidupan semasa di tempat kerja dan kehidupan seharian.

Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senaman ringan dan regangan badan. Selepas berehat sebentar, ahli kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bergerak ke KDA Taman Puncak Kinrara. Setibanya di Puchong, ahli kumpulan dikejutkan dengan cabaran menguji minda yang menerapkan semangat bekerjasama dalam kumpulan. Setelah mengakhiri cabaran di KDA Taman Puncak Kinrara, ahli kumpulan bergerak ke Bangi untuk sesi usrah yang di ketuai oleh Dr Noor Azizah sendiri. Aktiviti tamat sekitar jam 4.30 petang.

Walaupun Program MBS ini pertama kali diadakan di KDA, pelbagai faedah telah dikecapi oleh semua ahli kumpulan.Terima kasih kepada kakitangan PHMM Sdn Bhd (www.prestigehealthmanagement.com.my) yang membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.Berikut merupakan beberapa gambar semasa program berjalan,









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...