Isnin, 6 Jun 2011

Si kecilku Ruam Lampin lagi...!!

Adakah si kecil  anda  mengalami masalah ruam lampin yang berpanjangan?.. Sebagai seorang ibu yang prihatin, tentu perasaan risau dan bimbang terasa di hati, bila si kecil menangis kerana sakit/pedih setiap kali ingin menukar lampin yang baru.Pada ruangan kali ini,saya ingin berkongsi beberapa faktor berlakunya ruam lampin pada si kecil  anda.

Ada ruam lampin disebabkan tindakbalas kulit terhadap bahan di dalam najis dan air kencing. Ada juga disebabkan kuman terutamanya dari jenis kulat.


Ruam lampin dari jenis kulat memerlukan ubat krim antikulat. Petanda apakah yang menunjukkan ianya adalah ruam lampin akibat kulat?


Terdapat dua petanda utama yang menyarankan bahawa ruam lampin itu berpunca dari jangkitan kulat iaitu:

1) ruam yang mempunyai rupa seperti gigitan nyamuk di pesisir ruam (ini dinamakan satelite lesion dalam istilah perubatan)

2)ruam yang  melibatkan kawasan lipatan peha celahan kelengkang juga menjadi kemerahan

Sekiranya si kecil anda mempunyai simptom-simptom di atas,bawalah  berjumpa doktor anda untuk mendapat rawatan sepatutnya...

Ibubapa adalah penjaga terbaik anak-anak!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...