Rabu, 5 Oktober 2011

UBAT & ANDA: Ubat Penahan Sakit NonSteroidal & Risiko Penyakit Jantung!

September 27, 2011 (Hull, United Kingdom dan Toronto, Ontario) - Kajian terkini berdasarkan bukti-bukti yang ada pada ubat penahan sakit nonsteroidal (NSAIDs) mengesahkan bahawa rofecoxib (Vioxx, Merck)  dan diclofenac dikaitkan dengan risiko berbahaya penyakit jantung dan salur darah. Begitu juga diclofenac, ubat penahan sakit yang digunakan secara meluas, over-the-kaunter NSAID, juga menimbulkan risiko yang sama. Sementara itu ibuprofen dan naproxen didapati kurang berkemungkinan untuk meningkatkan risiko MI dan kematian penyakit jantung koronari.

Pada 21 Mei 1999, Merck mendapat kebenaran dari Food & Drug Administration (FDA) untuk memasarkan Refecoxib (Vioxx). Pada 30 September 2004, selepas lebih dari 80 juta pesakit mengambil ubat ini dan jualan tahunan setinggi $2.5 Billion, syarikat Merck menarik balik ubat terbabit kerana risiko serangan jantung (myocardial infarction) dan angin ahmar(stroke). Ketidakprihatinan terhadap kajian mendalam tentang kesan sampingan ubat ini di antara pihak Merck dan FDA perlu menjadi iktibar bagi pengamal perubatan dan pengguna demi meningkatkan kualiti kesihatan secara menyeluruh.


Terapi dadah atau Ubat-ubatan menjadi pilihan dalam pencegahan, pengawalan dan perawatan pelbagai jenis penyakit. Meskipun begitu, terapi ini juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu dikenalpasti serta dipelajari oleh semua pihak tidak kira pengamal perubatan, pesakit dan lain-lain.
Langkah terbaik ialah untuk mencegah penyakit dari berlaku dengan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak merokok, tidak minum arak, menolak penyalahgunaan dadah, dan sebagainya. Selain amalan dan perubahan gaya hidup, langkah terbaik ialah menjaga pemakanan yang seimbang dan sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...