Selasa, 29 November 2011

Persoalan Ibu Mengandung

Bolehkah saya mendapat kalsium yang cukup jika saya tidak minum susu?
Ya, selain susu, anda juga mampu memenuhi keperluan kalsium anda dengan pengambilan jus oren, keju, yogurt, ikan sardin, sup tulang atau supplemen kalsium.
 
Adakah selamat untuk ibu mengandung menggunakan pemanis tiruan?
Ya, kecuali sakarin.

Saya seorang vegetarian. Adakah saya perlu makan daging?
Terdapat banyak sumber alternatif protein seperti produk tenusu, kacang soya dan kekacang. Sila berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mengenalpasti keperluan harian individu.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah sembelit?
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Masukkan bijirin penuh dalam setiap hidangan dan snek. Jadikan hari anda lebih aktif.

Bolehkah saya mengambil makanan pedas semasa hamil atau menyusu badan?
Ya, jika ia tidak menimbulkan ketidakselesaan pada anda. Makanan pedas tidak akan memudaratkan bayi anda.

Bolehkah saya mengambil kafein?
Hadkan pengambilan kafein kepada 1 cawan kecil kopi (10 oz/300 ml) atau 2 cawan teh (20 oz/600 ml) sehari.
 
Bolehkah ibu mengandung mengambil telur?
Ya. Telur adalah sumber protein yang murah dan bernutrisi untuk ibu mengandung. Telur menyediakan protein berkualiti tinggi, bersama dengan 18 vitamin dan mineral. Telur juga sumber kolina iaitu nutrien yang menjadi kunci kepada perkembangan otak dan penyimpanan memori jangkamasa panjang untuk bayi. Jangan mengambil telur mentah mahupun separuh masak bagi mengelakkan risiko penyakit bawaan makanan.

Adakah keperluan harian saya berbeza jika saya mengandungkan bayi kembar?
Anda perlu makan hidangan atau snek di setiap dua jam semasa bangun atau sedar dan sila berjumpa dengan pakar pemakanan bagi memastikan keperluan nutrien harian anda.

 
Bolehkah ibu mengandung atau menyusu badan meminum arak atau alkohol?
Jangan minum arak atau alkohol semasa mengandung. semasa menyusu, jika anda memilih untuk minum pastikan anda minum beberapa jam sebelum menyusu. 

5 ulasan:

  1. Dr, bolehkah sy telan segenggam lada hitam ( petua hilangkan gatal teruk dalam lubang telinga ) kerana sy menderita kegatalan serius dlm telinga sedangkan sy pregnant bru beberapa minggu ? TQ Dr

    BalasPadam
  2. Dr,boleh k sya mkn madu beserta ubat?

    BalasPadam
  3. Dr, bolehkah Dr terangkan perbezaan antara pemeriksaan susulan/ bulanan di klinik kerajaan dan klinik swasta. yang mana lebih disyorkan bagi wanita hamil.

    BalasPadam
  4. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama14 Mac, 2016

    saya nak tanya satu soalan betul ke ibu yang hamil tidak boleh melihat gahana matahari takut anak yang dilahirkan cacat dan gelap. saya nak mintak penjelasan ....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...