Fakta obesiti kanak-kanak:
- prevalens masalah obesiti di kalangan kanak-kanak meningkat 3 kali ganda sepanjang 30 tahun lepas.
- 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai berlebihan berat badan dan kegemukan.
- Masalah ini lebih tinggi dikalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun
Berlebihan berat badan dan obesiti berpunca dari ketidakseimbangan kalori (penggunaan tenaga kurang dari pengambilan tenaga atau kalori) serta punca keturunan, tingkahlaku dan persekitaran.
Kesan terhadap kesihatan:
kesan jangka masa pendek
- Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur 5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko.
- Remaja obes berisiko mendapat prediabetis atau pra-kencing manis, keadaan di mana tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis.
- Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri.
- kanak-kanak dan remaja obes lebih cenderung untuk menjadi obes semasa dewasa. seterusnya, berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan semasa dewasa seperti penyakit jantung, kencing manis jenis 2, strok, beberapa jenis kanser dan osteoartritis. kajian menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes yang tinggi semasa dewasa.
- berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk kanser payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas, pundi kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma Hodgkin's.
Langkah pencegahan :
- Amalkan gaya hidup sihat termasuklah pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang aktif. Ini mampu menurunkan risiko obes dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan.
- Kerjasama pelbagai pihak.Pemakanan dan aktiviti fizikal kanak-kanak serta remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti masyarakat, keluarga, sekolah, pusat jagaan, pusat perubatan, istitusi keagamaan, agensi kerajaan, media, industri makanan dan minuman serta industri hiburan.
- Peranan Sekolah. Sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran selamat dan sihat dengan pembangunan polisi dan praktikal yang menyokong tingkahlaku sihat. sekolah juga menyediakan peluang pembelajaran dan praktis pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan