Rabu, 26 September 2012

Gejala Kencing Manis / Diabetes Mellitus (Episod 1)


Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
-Suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.

           * INSULIN: suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot, juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak ia menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Diabetes Dikelaskan Kepada 2:

       Diabetes Primer
                -Jenis I iaitu Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( IDDM ) @ Diabetes di  awal remaja
                       Dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
                        ● Penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa  
    kanak-kanak atau remaja.
                        ●  Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan,
    pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa  
    darah
● Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada 65 tahun               menghidapi penyakit kencing manis jenis ini
● Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan
    insulin.

-Jenis II iaitu Non-Insulin Diabetes Mellitus ( NIDDM)
                        ● 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini.
                        ● Pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi.
                        ● Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun.
                        ● Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk
                        ●Pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit
                           Kencing manis Jenis II.                     
                        ● Kencing manis Jenis II adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
                        ● Boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat  
   badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan
                            insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara
                            makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

*Rintangan Insulin
-Satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada
 permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel)
 yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
            


  Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bag orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini,   ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan                               dalam sel adipos dalam bentuk lemak.


                   
  Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang  telah dirosakkan dan ini menyebabkan reseptor insulin m  menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!



Diabetes Sekunder
            - Disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi
   pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa
   mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
-. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit
   kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila
   usia mereka telah meningkat.
-. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau
    pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.



*Akan bersambung minggu hadapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...