Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan
gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah
merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran
darah yang lancar.
Peringkat
Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan
gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis
darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang
menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk
meminta bekalan air.
Peringkat
Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan
mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh
badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang
mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut
terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih
senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Peringkat
Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan,
masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan
anda dan menjejas nafsu seks anda.
Peringkat
Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda sel-sel badan
mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa
yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel.
Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan
pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam
bentuk tompok-tompok.
Peringkat Ke-6:
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat
bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati
dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
Peringkat
Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari kaki merupakan bahagian
yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan
daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak
dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang
'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang
bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera
bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...
Peringkat
Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang
Terdedah!
Jangkitan bakteria yang tidak
terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak
kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha...
|
Peringkat Ke-9:
Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata
adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas.
Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!
Peringkat Ke-10:
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan
lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semaking
lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung
penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan
sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat
Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan
mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir... Sungguh
menyedihkan!
*Akan bersambung episod 3..
info mantap.
BalasPadam