Ahad, 11 November 2012

Gejala Kencing Manis / Diabetes Mellitus (Episod 3)


Rawatan

● Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup.
● Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula   darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi.
● Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit.
Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat. 

Pemakanan

Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat
mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.

v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
    ditetapkan.

v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti, jagung, mi, 
    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan,
 chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
    diambil.

v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah 
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
 
    jantung. Elakkan daripada menggoreng
makanan sebaliknya, pangganglah makanan anda.
v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan seperti makanan kerepek, snek dakacang tanah.
v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap.

v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.

v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana 
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...