PENGENALAN
Jam
menunjukkan pukul 3 pagi.Puan Azwati gelisah. Dia berasa sangat bimbang kerana
anak kecilnya, Damia yang berusia enam bulan asyik menangis sepanjang malam. Damia mula demam sejak senja
tadi. Mereka cuma tinggal dua beranak
kerana suaminya bekerja di luar kawasan minggu ini.
Baru
dua bulan anak jirannya meninggal dunia akibat demam panas, angkara demam denggi.
Mengeluh panjang Azwati .
Perlukah Damia dibawa
ke klinik….dinihari begini?
Apakah ini petanda
bahaya….?
Apa perlu Puan Azwati
buat pada ketika itu?
Besok
Azwati perlu ke pejabat. Tugas sebagai setiausaha agak sukar baginya mengambil
cuti kecemasan…Azwati binggung lalu menangis sendirian mengiring teriakan Damia.
Hampir setiap ibubapa
pernah dan akan menghadapi suasana yang begini. Apa yang perlu anda lakukan?
Bagaimana mengenali petanda bahaya batuk dan demam selesema anak anda? Kenapa
anak anda menangis tanpa berhenti? Apakah punca-puncanya? Mengapa demam anak
anda berpanjangan? Mengapa hingus anak anda berpanjangan meskipun sudah berkali-kali
berjumpa doktor?
Banyak masalah
anak-anak sebenarnya dapat dirawat di rumah. Sebahagiannya perlu dibawa ke
klinik . Hanya segelintir dari masaalah sebegini yang perlu diawasi dan
dikendali di hospital. Sebagai ibubapa kita amat perlu sedikit panduan untuk
mengetahui apa yang kita patut buat di rumah dalam mengendali anak kita yang
sakit. Kita pula perlu tahu petanda-petanda penyakit samada anak kita cuma
perlu rawatan di klinik atau dihantar ke hospital dengan kadar segera.
Artikel ini mungkin
membantu anda. Ianya ditulis berdasar pengalaman seorang doktor pakar yang bukan sahaja dalam merawat kanak-kanak
begini malah dalam mengendali anak-anaknya sendiri dengan masalah-masalah yang
sama. Tips-tips amalan yang disaran di dalam artikel ini adalah berdasar kepada
bukti-bukti perubatan terkini yang telah banyak dipraktikkan oleh ramai ibubapa
pesakit di bawah jagaannya.
- Bersambung..
- Akan datang, Episod : Panas tapi mengiggil, demamkah anakku?
________________________________________________________________________
*Artikel bersiri ini merupakan hasil nukilan Prinsipal Klinik Dr Azizah, Dr Noor Azizah Tahir sendiri. Jika ingin berkongsi artikel ini, mohon jasa baik pembaca meminta izin terlebih dahulu melalui email. Sila emailkan sebarang pendapat ataupun cadangan di klinikdrazizah@gmail.com. Artikel mingguan ini merupakan sumbangan Klinik Dr Azizah kembali kepada masyarakat. Kami mengharapkan semua pembaca mendapat manfaat melalui pembacaan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan