Apabila badan anak anda
panas atau sejuk , anak anda mungkin demam. Anak anda mungkin mengigil
kesejukan sebelum bahang panasnya terasa.
Kaki dan tangannya mungkin bertukar menjadi sejuk kebiruan . Anggota
badannya yang lain mungkin berubah menjadi bertompok keputihan dan kebiruan.
Kebiasaannya
kita mengesan tanda demam anak kita dengan mengguna telapak tangan yang diletak
di dahi atau di leher anak. Tahukah kita bahawa sebenarnya belakang telapak
tangan kita adalah lebih sensitif untuk
berasa bahang panas kulit?
Walaubagaimanapun,
penggunaan tangan untuk mengesan kepanasan badan adalah tidak tepat. Tangan
yang baru dibasuh umpamanya akan menjadi lebih sejuk dan akan mengesan badan
anak anda sebagai lebih panas. Ini seolah-olah anak anda mengalami demam.
Gunalah
jangkasuhu badan
Gunalah jangkasuhu atau
lebih dikenali sebagai termometer untuk menentu samada anak anda demam atau
tidak secara lebih tepat! Terdapat berbagai jenama termometer seperti Omron, Geon di pasaran negara kita.
Berbagai jenis termometer dilambak di pasaran negara kita. Anda boleh
mendapatnya hampir di mana-mana , baik di klinik-klinik, farmasi dan pasaraya
hinggalah di kedai minyak.
Terdapat pelbagai kaedah sukatan suhu badan yang boleh digunakan.
Termometer yang
mengandungi raksa adalah yang paling tepat. Namun, isu keselamatan raksa
menyebabkan termometer digital menjadi pilihan. Faktor kos, pengalaman dan
hasil kajian mendapati penggunaan termometer digital di ketiak adalah lebih
mudah dan tepat.
Kaedah
asas pengunaan jangkasuhu
Berikut adalah beberapa
panduan untuk anda tatkala mengguna jangkasuhu badan di rumah.
1)
Bagi termometer raksa, sila goncang ke
aras 35-36 ° Celcius sebelum menggunakannya. Bag termometer digital, sila
pastikan anda menekan suis awal pembacaan.
2)
Selepas digunakan :
a) Bagi
termometer raksa, pastikan aras bacaan
digoncangkan supaya turun kembali ke aras 35-36 ° Celcius.
c) Biarkan
termometer di bawah lidah atau ketiak selama 3 minit sebelum bacaan diambil.
d) Jangan
ambil bacaan suhu badan anak anda sebaik sahaja selepas mandi, apatah lagi
selepas mandi air suam.
e) Jangan
membalut atau memakai anak anda dengan pakaian yang tebal ketika mengambil suhu
badannya.
f) Sekiranya anda mengambil bacaan
melalui bawah lidah anak, pastikan ianya diambil 20 minit selepas anak anda
makan atau minum
g)
Jangan tinggal anak anda sendirian
semasa termometer digunakan
Termometer
bawah lidah
1)
Letakkan di penjuru bahagian pangkal
bawah lidah dan lantai mulut
2)
Pastikan kedua-dua bibir tertutup rapat
3)
Tidak sesuai untuk anak di bawah 4 tahun
terutamanya ketika merengit dan menangis.
Termometer
bawah ketiak
1)
Kaedah ini agak kurang tepat tetapi
masih disarankan kerana memang praktikal, mudah dan selamat.
2)
Tambah 0.5 ° Celcius untuk menyamai
bacaan bawah lidah. Hasil tambahan ini melebihi 37.2 ° Celcius dikira tidak
normal.
Walaupun agak
mudah digunakan, kajian perubatan menunjukkan penggunaan termometer jenis ini
adalah tidak tepat. Termometer melalui telinga memerlukan pengalaman untuk
menggunakannya. Ini adalah kerana muncung pengesan perlu dihala ke arah
gegendang telinga. Kebanyakan kita tidak tahu kedudukan gegendang kita.
Bacaannya juga tidak tepat sekiranya telinga
anak kita mengalami masalah tersumbat dengan tahi telinga atau bengkak
akibat jangkitan.
Satu kajian perubatan
di Seremban dalam tahun 2009 menunjukkan dalam sepuluh pesakit yang demam, 2
orang pesakit gagal dikesan sebagai demam oleh jangkasuhu jenis ini.
Walaubagaimanapun, penggunaan termometer ini amat praktikal dan lebih tepat
dari penggunaan termometer gegendang telinga dan kulit dahi. Namun kos alatan
yang mahal mungkin menjadi masalah bagi sesetengah kita.
Termometer plastik yang diletakkan di dahi adalah tidak tepat sama sekali . Anda dinasihatkan tidak menggunakan termometer jenis ini.
Sekiranya saya mahu membeli jangkasuhu, saya akan memilih mengikut kemampuan
saya, yang murah lagi mudah digunakan tetapi yang lebih penting saya akan pasti
memilih yang memberi bacaan yang tepat dan boleh dipercayai.
Bersambung..
- Akan datang, Episod : Sistem Pertahanan Badan
________________________________________________________________________
*Artikel bersiri ini merupakan hasil nukilan Prinsipal Klinik Dr Azizah, Dr Noor Azizah Tahir sendiri. Jika ingin berkongsi artikel ini, mohon jasa baik pembaca meminta izin terlebih dahulu melalui email. Sila emailkan sebarang pendapat ataupun cadangan di klinikdrazizah@gmail.com. Artikel mingguan ini merupakan sumbangan Klinik Dr Azizah kembali kepada masyarakat. Kami mengharapkan semua pembaca mendapat manfaat melalui pembacaan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan